Welcome Here
Follow me here :)
We can chatting here
No harsh words allow here Giveaways & Post Entry
|
profile
Tuto&Freebies
affies
Wanita Teragung - Asiah Binti Mahazim (Isteri Fir'aun)}
Friday, 7 February 2014 | 4:00 pm | 0Comment
Assalamualaikum ya akhi ya ukhti .Ahlan Wasahlan .Moh baca entri tentang
Kisah Asiah ,Isteri Firaun
Perkahwinan Asiah & Firaun
Kelahiran Nabi Musa a.s
Asiah memberi nama MUSA kepada bayi itu dan menjaganya sehingga dewasa di istana Firaun. Agama yang dibawa oleh Nabi Musa a.s sedikitpun tidak pernah dihiraukan oleh Firaun. Walaupun seluruh rakyat menyembah Firaun sebagai Tuhan, namun ada yang berani mengingkari dan tidak menyembahnya sebagai Tuhan. Antara orang yang tidak menyembahnya sebagai Tuhan ialah orang yang paling disayangi Firaun, iaitu isterinya, Asiah. Asiah seorang hamba Allah yang taat kepada Allah SWT. Rahsia keimanan Asiah terbongkar apabila suatu hari Asiah menyebut "Allah" secara tidak sengaja. Firaun berusaha memujuk Asiah supaya isterinya itu kembali kepada kekafirannya.
Firaun berkata, "Wahai isteriku, tahukah kau akibat orang yang mengingkari diriku sebagai Tuhan? Sebelum engkau menyesal, ubahlah pendirianmu." Asiah menjawab dengan tegas, "Wahai Firaun, pendirianku tetap tidak akan berubah walau apapun yang akan menimpa diriku dan perlu engkau ingat bahawa engkau dan aku adalah sama-sama manusia biasa. Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah SWT." Firaun terus memujuk isterinya itu dengan kata-kata yang lemah lembut tetapi tetap juga tidak berhasil, lalu dia menggunakan cara kekerasan. "Wahai Asiah, jika engkau tidak mahu mengubah pendirianmu, pastilah akan ku pancung kepalamu." gertak Firaun. Jawab Asiah tegas, "Wahai Firaun, lakukanlah apa yang engkau mahu tetapi sedikit pun engkau tidak akan dapat menguasai pendirianku dan dengarkanlah sekali lagi aku nyatakan bahawa Tuhanmu dan Tuhanku adalah Allah SWT." Kerana keengganan Asiah mematuhi Firaun sebagai Tuhan, maka Firaun mengambil keputusan untuk menjatuhkan hukuman kepada Asiah. Firaun berharap ianya akan menjadi pengajaran buat rakyat jelatanya. Pada masa yang telah ditetapkan, maka berkumpullah sekalian rakyat di suatu tempat dimana Asiah diikat pada sebatang pokok kurma, Firaun masih tidak putus asa memujuk Asiah sambil berkata:- "Wahai Asiah. Ubahlah pendirianmu. Engkau akan ku maafkan." Berulang kali Asiah menjawab, "Tidak! Janganlah kau cuba mempengaruhi aku lagi. Sia-sia sahaja usaha dan perbuatanmu itu." Lalu Asiah memohon kepada Allah SWT sebagaimana yang telah dijelaskan dalam firman-NYA yang bermaksud... "Dan Allah memberikan contoh bagi orang yang beriman, iaitu isteri Firaun. Ketika ia berkata: "Ya Tuhanku, bangunkanlah rumah untukku di sisi ENGKAU dalam syurga dan lepaskanlah aku dari Firaun dan perbuatannya, dan lepaskanlah aku dari kaum aniaya." -Surah at-tahrim:11- Permohonan Asiah diperkenankan oleh Allah, lalu Allah perintahkan kepada Malaikat... "Sesungguhnya hamba-Ku memohon kepada-Ku agar diperkenankan akan permohonannya. Maka perlihatkanlahnya gambaran kerana suaminya yang di dunia akan AKU gantikan dengan suami yang lebih baik di syurga, istananya yang ada di dunia akan AKU gantikan dengan istana yang lebih baik di dalam syurga." Maka Malaikat pun menunjukkan gambaran keindahan syurga sebagaimana permohonan Asiah. Pada ketika itu, Asiah tersenyum seolah-olah beliau mencabar kematiannya. Asiah menghadapi kematiannya dalam keadaan tersenyum. Berakhirlah riwayat Siti Asiah binti Mahazim sebagai isteri kepada Firaun yang jahil dan hamba Allah yang taat.
p/s : Lihatlah betapa tingginya nilai kesabaran Asiah dan kesanggupannya memelihara agama Islam walaupun tinggal di istana Fir'aun laknatullah .Allah menyediakan syurga buatnya .Sebagai umat Islam ,kita perlu mengambil teladan dari kisah ini .Insya Allah ,hidup & mati kita diberkati oleh Allah Azza Wa Jalla .Aamiin
|