;



Welcome Here

Kkaebsong ~ ㅋㅋㅋ

" I would rather wear hijab & spend my time with my cats than wasting my time for hours in the saloon "
Follow me here :)

We can chatting here


Dipersilakan untuk exchange link .Jgn lupa inform:)
No harsh words allow here
Giveaways & Post Entry




Ramadhan al-Kareem - Bulan Ibadah Bukan Bulan Juadah}
Sunday, 6 July 2014 | 4:17 pm | 2Comment


Ahlan wasahlan ya ukhti wa akhi .Alhamdulillah .Syukran Ya Rabb kerana sekali lagi Engkau kurniakan kepada kami bulan Ramadhan yg penuh barakah ini .

Bulan Ibadah bukan Bulan Juadah
  • Ha waktu cenggini kemain ramai peniaga ambil kesempatan nak jual pelbagai jenis kuih-muih ,segala jenis nasi termasuk nasi kerabu ,nasi kandar dan paling hebat ada yg jual 'JUS POLIGAMI' .Amboi ,nampak tak permainannya ?Hahaha .
  • Tak mengapa kalau nak jual / beli makanan di bazaar .Tapi berpada-pada .Di Malaysia ,setiap tahun pada bulan Ramadhan ,terlalu byk pembaziran berlaku .Ramai yg membeli tapi tak mampu nak habiskan .Membeli bukan ikut nafsu tapi ikut keperluan .Ingat ,membazir itu amalan syaitan .Mentang-mentang lah syaitan diikat pada bulan ni ,kita pula yg ikut perangai mereka .
  • Kalau rasa tak mampu nak habiskan makanan ,lain kali berwaspada .Kepada para peniaga ,jualan yg tak habis tu boleh sedekahkan di masjid atau rumah anak-anak yatim .Lagi bagus kalau beri pada golongan gelendangan yg bertempiaran di jalanan .Kesian tgk mereka . 


Bulan Ramadhan Bulan Ibadah
  • Waktu macam ni lah ramai umat Islam berkumpul untuk meraikan bulan Ramadhan .Ramai yg datang ke masjid untuk menunaikan ibadah seperti solat terawih dan witir .
  • Tapi berapa ramai yg hadir ke masjid hanya semata-mata untuk beribadah dan mengabadikan diri kepada Allah ? Ada yg niat dtg ke masjid semata-mata nak 'usha' atau 'cuci mata' melihat sang jejaka tampan atau sang gadis .Jadi ,agak-agak dapat tak pahala macam yg kita harapkan ?Kalau niat dah salah ,macam mana nak peroleh keberkatan dari Allah ? Tepuk dada ,tanya iman brader .
  • Setiap amalan baik kita lakukan pada bulan ni akan digandakan .Contohnya ,kalau mengaji pada bulan lain dapat 10 pahala ,bulan ni dapat 'double' .silap-ii Allah bagi 'triple' .Ha rugi tak ?Tak kan ?So ,marilah kita perbanyakkan beribadah .Mengaji ,berzikir selalu ,nasihat-menasihati ,solat sunat sebanyak mungkin dan dengar ceramah .Insya Allah ,Allah kurniakan pahala yg berlipat ganda pada kita
Bulan Hijrah
  • Sempena bulan yg mulia ini ,marilah kita sama-sama berhijrah .Baru-baru ni ada seorang bekas model yg akhirnya memeluk Islam secara official .Mesti ramai kenal kan Felixia Yeap ?Yep ,it's her .Nama baru beliau Raisha Rania .Orangnya seindah namanya . Alhamdulillah ,syukran Ya Rabb .Makin bertambah umat Nabi Muhammad S.A.W .
  • See ?Sedangkan Felixia Yeap pun sanggup harungi segala bentuk dugaan semata-mata ingin berhijrah ,takkan kita yg sejak azali lg dengan agama Islam tak nak berubah ?Tepuk dada ,tanya iman .Pokok pangkal diri kita .Kalau kita paksa diri untuk berubah ,Insya Allah Allah akan bantu .Tak ,Allah PASTI bantu .
Tips Ramadhan :
  1. Bagi para wanita yg ingin solat berjemaah bersama di masjid / surau ,sila jaga aurat anda .Jaga aurat KAKI dan TANGAN .Pakai stokin wudhu' & handsock yg memudahkan kita untuk mengambil wudhu' .Jgn risau ,kat mana-mana ada jual stokin wudhu' .Online pun ada .Kalau takde ,pakai je la apa-apa stokin .Yg penting aurat terjaga .
  2. Beribadah sebelum bersahur .Ramai yg bersahur hanya untuk makan & minum sahaja .Tapi lupa yg waktu sahur waktu terbaik untuk menunaikan solat-solat sunat .Buatlah solat sunat tahajjud ,solat hajat ,mengaji ,berzikir dan sebagainya .Kan bulan ni bulan yg mulia ? Jadi ,jgn lupa ya .
  3. Bersahur BUKAN pada waktu TENGAH MALAM .Ha yang ni ramai anak muda buat .Mereka ingat kalau sahur tengah malam lagi senang .Tapi ini salah .Sahur bermaksud waktu terakhir di hujung malam .Jadi ,selama ni mereka tak bersahur .Mereka cuma ber-'supper' means makan lepas dinner .
p/s : Kesimpulannya ,jelaslah bahawa bulan Ramadhan bukan bulan juadah .Sebagai umat Islam ,kita hendaklah berbelanja dgn cermat .Jgn ikut nafsu je haa .Beribadah pula biarlah ikhlas .Jgn niat nak usha sana sini .Nanti amal kita sia-sia je .Dan jgn lupa untuk berhijrah ye .Sikit-sikit lama-lama jadi soleh .

SELAMAT BERAMAL !













Gomawo // Syukran